ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEWAQAF.
SYARIKAT SMM Distributor
Assalamualaikum w.b.t,
Terima Kasih kepada semua yang menjayakan. Sambutan amat luar biasa, terdapat lebihan 9 Naskah Al Quran dan lebihan ini akan kami bawa kehadapan untuk Maahad tahfiz yang berikutnya. Program akan datang untuk Maahad tahfiz berikutnya akan kami lancarkan tidak lama lagi. (Sebaik sahaja P.K.P 3.0 semakin diberi kelonggaran.)
Untuk Makluman tuan / puan kami sedang dalam pembinaan laman web baru dalam rangka untuk Program Waqaf atas talian yang lebih effisyen demi menegakkan syiar Islam dalam membantu masyarakat di luar sana terus beribadah tanpa sekatan dan halangan berikutan norma baru yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Semoga Amal dan ibadah tuan puan diterima sebagai amal soleh dan menjadi pemberat kepada timbangan amal soleh pewakaf semua di sisi Allah S.W.T.
TERIMA KASIH sekali lagi dari SMM DISTRIBUTOR. Assalamualaikum.
- Pengarah Urusan.