SMM DISTRIBUTOR Adalah sebuah syarikat pengedar buku yang menjual buku dan bahan bacaan. Ketika ini syarikat ini giat menjalankan pengedaran kitab suci Al Quran dan menjalankan Program beli dan waqaf Al quran. Program ini bertujuan untuk membantu pihak - pihak yang kurang berkemampuan yang ingin mempelajari ilmu Al Quran. Ini termasuklah Maahad maahad tahfiz, sekolah pondok dan tidak ketinggalan golongan asnaf dan juga mualaf yang baru memeluk agama Islam. Dengan ujudnya Program ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka mendekatkan diri dan celik Al Quran.
Kami juga mengambil tenaga muda untuk menjayakan program waqaf Al Quran ini dengan hasrat dapat menarik minat generasi muda terhadap kitab suci agama Islam ini.
firman Allah :-
﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )